Thursday 29 February 2024

DISIPLIN ANGGOTA RELA TERBAIK

 
Seseorang dikenali melalui pakaian atau uniform yang dipakai. Individu yang berniform di dalam gambar ini diketahui anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau sebelum ini dikenali Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.
 
RELA adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. 
 
RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’.
 
Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Home Guard adalah dibawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan 1951.
 
Anggota RELA dilatih dengan disiplin yang tinggi biarpun bukan pasukan tetap seperti polis dan tentera. Anggota RELA berbangga dengan uniform dan pengenalan diri yang dipakai. Justeru di manapun mereka berada atau berkhidmat, disiplin dijaga dengan terbaik.
 
Gambar di atas dimuat turun daripada media sosial. Kapsyen hantaran tersebut berbunyi: Trafik light Kuala Berang.. Terbaiklah disiplin Abang dan Kakak RELA. Keluar baris pun beratur.. Naik motor berhenti kat Trafik Light pun beratur.
 
Kredit – Pemilik asal gambar.

No comments:

Post a Comment