Kelantan penyumbang kedua terbesar sektor pertanian negara.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan potensi besar Kelantan dalam
memperkasa industri agromakanan.
Sektor pertanian Kelantan kini berkembang lebih dinamik melalui lonjakan teknologi moden, diversifikasi tanaman serta kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi persekutuan dan pemain industri.
Selain terkenal sebagai antara pengeluar utama hasil padi,
Kelantan turut mencatat pencapaian membanggakan dalam pengeluaran tembikai,
tomato tanah tinggi di Lojing, cili, timun, durian serta madu kelulut.
Pada masa yang sama, sektor penternakan turut menunjukkan
perkembangan positif termasuk dalam pembangunan baka lembu hibrid.
Kejayaan itu hasil komitmen bersama kementerian, jabatan dan
agensi Persekutuan yang mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dalam
sektor pertanian, termasuk melalui pelaksanaan inisiatif Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian.
Kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, Kerajaan
Persekutuan dan pelbagai agensi berkaitan amat penting dalam merealisasikan
hasrat menjadikan Kelantan sebagai benteng keterjaminan makanan negara.

No comments:
Post a Comment