Gejala mengantuk pada siang hari antara lain berpunca
penyakit yang dihadapi. Biarpun telah mendapat tidur yang cukup dan berkualiti pada
waktu malam, gejala mengantuk itu masih dirasai pada waktu siang.
Antara penyakit yang sering dikait dengan
gejala mengantuk ialah:
Anemia
Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan
penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah.
Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang
mencukupi.
Penyakit jantung
Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh
sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi
ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya
menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.
Hipertensi
Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi
tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan
serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup
tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.
Hiperkalsemia
Kadar kalsium dalam darah antara punca
penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf,
jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar
8,2 - 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara
12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.
Hipotiroidisme
Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit
sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang
dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi
jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.
Hiponatremia
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit
ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar
penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting
mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur
sistem saraf dan otot.
Justeru, individu yang mengalami gejala mengantuk
kronik yang berpanjangan dinasihatkan agar mendapat pemeriksaan kesihatan menyeluruh
untuk mengenalpasti puncanya.
No comments:
Post a Comment