Saturday, 28 November 2020

SPIRULINA KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

Spirulina dikenali sebagai ‘makanan terunggul’ atau ‘superfood’. Satu pengiktirafan yang hebat untuk satu jenis makanan.

Spirulina dihasilkan dari kelompok algae biru-hijau yang membiak secara semula jadi di dalam tasik tropikal yang bersih. 

Penggunaan spirulina terawal yang dikenal pasti bermula pada kurun ke 16 di mana ia digunakan sebagai makanan harian oleh puak Aztec di Amerika Selatan (kini Mexico).

Apabila para saintis Barat menemui semula spirulina tahun 1960-an, ia mula dikaji secara terperinci di mana khasiat dan kebaikan spirulina terhadap kesihatan manusia.

Spirulina yang telah dikeringkan mengandungi 60 hingga 70 peratus zat protein. Selain itu, ia juga merupakan sumber amino asid yang lengkap.

Zat lain yang terkandung dalam spirulina adalah kalsium, zat besi, magnesium, vitamin A, E dan K. Dari sini kita dapat lihat bahawa spirulina lebih berkesan dalam membekalkan kita dengan zat tambahan berbanding kebanyakan multivitamin yang dijual di farmasi.

Berikut adalah antara kebaikan spirulina:

Memberi tenaga lebih. Spirulina meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Ini akan menyebabkan badan kita membakar bahan makanan dengan lebih cepat.

Mengurangkan keletihan. Kadar metabolisma yang lebih tinggi juga akan menyebabkan badan terasa lebih aktif dan kurang rasa kelesuan.

Mengurangkan berat badan. Dengan kadar zat yang sangat tinggi berbanding jumlah kalori, ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan sambil mengekalkan jumlah zat.

Menguatkan sistem imunisasi badan. Oleh kerana spirulina membantu penjanaan semula sel badan, ia berkesan dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah jangkitan kuman.

Membantu penghadaman makanan. Senang dihadam kerana sel spirulina tidak mempunyai lapisan luaran yang tebal. Di samping itu, ia membantu untuk mengekalkan kandungan bakteria sihat yang hidup dalam usus kita.

Menapis toksin dalam badan. Ia mempunyai kandungan klorofil yang tinggi. Klorofil merupakan satu agen nyahtoksin yang sangat berkesan.

Antioksidan.  Antioksidan dapat melawan agen radikal bebas dan mencegah keradangan.

Membantu kesihatan mata. Ia mengandungi 10 kali ganda Vitamin A per gram berbanding lobak.

Kaya dengan kepelbagaian nutrisi. Spirulina organik kaya dengan 5 nutrisi utama seperti: protein, karbohidrat, asid lemak perlu, vitamin dan mineral serta lain-lain zat nutrien.

Dapatkan produk spirulina 

No comments:

Post a Comment