Monday, 18 January 2021

CARA TANAM POKOK CILI

Rasa pedas pada cili memang ketahui umum. Sebab itu itu ada peribahasa menggunakan rasa pedas cili. Peribahasa ‘siapa makan cili dia rasa pedas’ yang bermaksud “orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu dipercakapkan”

Lada atau cili (Capsicum annuum) adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Malah ia boleh dianggap sayur yang paling banyak ditanam secara ‘keliling’ rumah sebagai memenuhi keperluan, terutamanya cili api. Seperti tiada nikmat makan tanpa ada rasa pedas.

Disebabkan banyak permintaan terhadap cili, maka banyak pekebun menanamnya. Cili amat menarik kerana warnanya, rasa, rempah dan kandungan kimianya yang unik.

Cili yang ditanam boleh membuahkan hasil yang lumayan apabila ia ditanam di kawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi walaupun ia ditanam di dalam kawasan berstruktur tertutup.

Cahaya matahari yang cukup bukan sahaja membantu tumbesaran cili, tetapi juga membantu meningkatkan rasa pedas dan rasa yang kuat cili tersebut.  

Cili mempunyai kitaran pembesaran yang cepat ketika cuaca panas dan peringkat pembesarannya adalah perlahan apabila musim hujan.

Hasil cili yang tinggi bergantung kepada varieti dan musim tanaman. Dengan itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kualiti buah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna seperti warna, tahap kepedasan, bentuk, ketahanan kepada perosak dan penyakit, toleransi kepada musim kemarau dan juga kos benih yang rendah.

Di Malaysia, banyak jenis varieti cili yang ditanam. Tetapi varieti yang selalu di pilih oleh pekebun adalah varieti jenis kulai dan langkap, selain cili padi.

Cili tahan kepada kebanyakan keadaan jenis tanah. Tetapi, cili memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan pH antara 5.5-6.8.

Pemindahan anak benih perlu dilakukan ketika waktu lewat petang untuk mengurangkan kesan ‘kejutan pemindahan’.

Pokok cili perlu dipasang pancang untuk mengelakkan ia tumbang apabila ditiup angin yang kuat terutamanya apabila cili sudah mengeluarkan buah.

Setiap pokok akan diikat dengan kayu pancang sebelum peringkat pembungaan. Secara amnya, hasil akan lebih tinggi sekiranya pokok cili diikat dengan pancang.

Cili boleh dituai pada peringkat cili berwarna hijau (tidak matang) ataupun berwarna merah (peringkat matang). Ia akan mengambil masa selama 55-60 hari selepas pembungaan untuk pembentukan buah sehingga matang sepenuhnya. Keadaan ini dipengaruhi oleh suhu, kesuburan tanah, dan varieti.

Cili yang dituai tidak perlu dibasuh keculai ia akan disimpan di dalam tempat sejuk (10°C) sehingga djual. Cili boleh bertahan sehingga 1-2 minggu jika disimpan pada suhu dan kelembapan (28°C dan 60% RH).

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete