Kalau ikut tempoh tiga tahun, pemilihan di peringkat Cawangan perlu diadakan pada Jun ini, seterusnya peringkat Bahagian dan MKT yang diadakan serentak di seluruh negara mengikut format pemilihan yang diamalkan sebelum ini.
Bagaimanapun, MKT boleh menentukan tarikh pemilihan sebenar dalam tempoh 18 bulan selepas tempoh biasa tamat. Jadi, tempoh terakhir pemilihan peringkat Cawangan ialah Disember 2023.
Isu pemilihan parti timbul apabila Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini, perlu diadakan segera sebelum PRU-15.
Khairy dipetik berkata pemilihan itu membolehkan UMNO menghadapi PRU15 dengan barisan pemimpin yang memiliki mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.
Pemilihan tersebut juga dikatakan mampu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu.
Namun, cadangan itu dilihat pemerhati politik sebagai ‘jerat’ yang membawa UMNO kepada perpecahan lebih parah. Pemilihan parti sering dilihat punca perpecahan. Tambah lagi, ketika kemelut sekarang berkaitan menentukan hala tuju hubungan dengan parti-parti lain untuk menghadapi PRU15.
Pihak kalah akan membawa haluan berlainan dengan yang menang. Bahkan kemungkinan akan meninggalkan parti. Sejarah telah membuktikan, pihak yang kalah banyak meninggalkan parti.
Ahmad Puad meninggalkan UMNO dan menubuhkan Pas setelah kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (kini Presiden). Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan UMNO menubuhkan Semangat 46 selepas kalah kepada Tun Mahathir. Tertubuhnya Parti Amanah adalah selepas kumpulan yang kalah dalam pemilihan Pas diketuai Mohamad Sabu.
Khairy sendiri menyisihkan diri daripada kepimpinan UMNO apabila kalah dalam pemilihan merebut jawatan Presiden.
Untuk mengelak malapetaka besar kepada kepimpinan UMNO dari peringkat akar umbi sehingga tertinggi, pemilihan parti itu perlu ditangguhkan sehingga selepas PRU15.
No comments:
Post a Comment