Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, serta pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan dan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Luar dilihat satu penghormatan kepada UMNO.
Kedua-dua pelantikan itu dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.
Kedua-dua pelantikan berkenaan telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan kedua-dua pemimpin dari UMNO itu adalah satu penghormatan kepada UMNO. Kedua-duanya pemimpin berpengalaman dan menjawat jawatan menteri sejak era pemerintahan Barisan Nasional lagi.
Diharapkan kedua-duanya dapat meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara.
No comments:
Post a Comment