Thursday, 8 July 2021

GINGKO BILOBA TINGKATKAN DAYA INGATAN

 
Gingko biloba diperoleh daripada pokok gingko. Terdapat dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu, produk gingko boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah. 

Ginkgo dikenali sebagai "herba otak". Ia meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. Kajian yang mendapati bahawa gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.

Perkara ini juga dapat dilihat dalam beberapa kajian yang menunjukkan gingko boleh membantu mencegah perkembangan gejala demensia, terutamanya jika demensia tersebut dianggap sebagai hasil daripada penyakit salur darah.

Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian.

Selain daripada itu, gingko sering ditambah ke dalam makanan, minuman ringan, dan air buah-buahan untuk meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan prestasi mental. Namun jumlah gingko yang ditambah itu adalah dalam kuantiti yang kecil dan mungkin tidak membantu dalam memberikan kesan.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

No comments:

Post a Comment