Wednesday, 4 August 2021

SEJARAH ISTANA TENGKU SERI AKAR KOTA BHARU

Sejarah Istana Tengku Seri Akar. Istana Balai Besar, Istana Tengku Seri Akar dibina pada tahun 1881 oleh Sultan Muhammad II. Ia dijadikan sebagai hadiah perkahwinan kepada cucu baginda iaitu Tengku Mariam Tengku Kembang Putri.

Tengku Mariam lebih dikenali sebagai Tengku Puteri adalah anakanda kepada Sultan Ahmad. Istana Tengku Seri Akar pada mulanya dikenali dengan nama Istana Tengku Puteri mengambil sempena nama Tengku Puteri.

Tengku Puteri berkahwin dengan Tengku Besar Tengku Putih (Tuan Timung) pada tahun 1881. Perkahwinan beliau dengan Tengku Putih hanya berlangsung selama 8 tahun apabila Tengku Putih mangkat pada 1889.

Pada tahun 1891, Tengku Peteri berkahwin dengan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Pattani.

Sultan Muhammad IV telah menganugerahkan gelaran Tengku Sri Akar Raja menandakan persaudaraan antara Kelantan dan Pattani. 

Malangnya pada 1902, Siam telah melucutkan jawatan Tengku Abdul Kadir sebagai Raja Pattani dan baginda telah berpindah ke Kota Bharu dan tinggal di istana Tengku Puteri pada 1905.

Nama Istana Tengku Puteri ini telah ditukarkan kepada nama Istana Tengku Seri Akar pada tahun 1933. Nama itu diambil sempena nama atau gelaran Tengku Seri Akar Ahmad Zainal Abidin, anakanda sulung kepada Tengku Abdul Kadri dengan Tengku Puteri.

Beberapa tahun setelah kemangkatan beliau pada 1953, kediaman tersebut tidak lagi didiami dan ia terbiar kosong. Disebabkan tidak dijaga dan terabai, keadaan istana itu cepat menjadi buruk dan rosak.

Ia kemudian telah dirobohkan pada penghujung 1970. Kawasan istana terus dibiarkan kosong, kecuali beberapa buah rumah.

Tapak istana Seri Akar kini menjadi tapak Bazar Tengku Anis. 

No comments:

Post a Comment