Bukit Marak antara lokasi kembara berjalan kaki (hiking) di Kelantan. Hiking di Bukit Marak agak santai dan biasa-biasa. Dikatakan hiking santai kerana agak mudah untuk dilakukan di kalangan mereka yang baharu mencuba untuk melakukan aktiviti tersebut.
Pun begitu, ia tetap
dianggap sukar bagi mereka yang tidak tahan cabaran fizikal dan mental. Jadi,
jangan pandang mudah perkara ini.
Bukit Marak agak terkenal
di Kelantan kerana ia dikaitkan dengan sejarah Puteri Saadong. Jika melusuri
sejarah Puteri Saadong, nama Bukit Marak tidak akan ketinggalan.
Bukit
Marak terletak dalam daerah Bekelam, Bachok iaitu 12.8 kilometer dari Kota
Bharu ke arah timur dan 19.2 kilometer dari bandar Bachok. Ketinggian Bukit
Marak adalah lebih kurang 114 meter.
Hiking
Bukit Marak tidak sukar kerana sudah ada laluan atau trek yang 'bersih' dan
mampu dilalui dengan mudah termasuk di kalangan kanak-kanak.
Untuk
sampai di tempat permulaan hiking, pengunjung perlu melalui jalan menuju ke
Bekelam (bagi pengguna Jalan Bukit Marak).
Dari
cabang Jalan Bukit Marak, hanya kira-kira 500 meter, pengunjung akan bertemu
dengan tali air. Masuk ikut laluan batas tali air itu sehinggi anda bertemu
dengan kawasan perkuburan.
Di hujung kawasan kubur
itu terdapat kawasan lapang untuk diletakkan kenderaan. Ada papan tanda
diletakkan di situ yang menandakan kawasan permulaan untuk pendakian atau
hiking.
Seperti
dinyatakan tadi, untuk mendaki Bukit Marak tidak sukar. Kalau mendaki pada hari
cuti, anda akan dapat mendaki bersama-sama pendaki lain.
Ada
orang yang menjadikan aktiviti pendakian Bukit Marak sebagai aktiviti mingguan
atau dilakukan secara berkala.
Tidak
perlu diadakan persediaan fizikal atau peralatan khas. Ada yang mendaki Bukit
Marak sekadar dengan berselipar dan berkain sarung. Malah tidak sukar untuk
mendukung anak untuk turut naik ke atas Bukit Marak.
Bagi
mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan mampu berjalan terus, masa untuk
sampai di puncak hanya sekitar 15 minit. Namun, dengan berjalan santai, masa 30
minit diperlukan. Kalau yang mudah pancit atau berjalan 'setapak demi setapak',
paling lama masa diambil ialah 45 minit.
Maksud
puncak Bukit Marak ialah kawasan agak luas di atas yang layak dipanggil
kompleks tinggalan sejarah.
Di
kawasan itu pengunjung akan menemui beberapa 'tempat' yang mempunyai sejarah
atau identiti sendiri seperti Batu Gajah, Batu Pengasah, Batu Apal, Batu Kepala
Ular, Batu Gendang, Batu Belah dan Tapak Kaki Awang Selamat.
Pengunjung
perlu berpusing-pusing di kawasan itu untuk mengunjungi ke semua tempat itu
yang berada merata. Tidak sukar untuk mencarinya kerana telah ada laluan yang
mudah 'dikesan' untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Setiap
tempat ada papan tanda untuk kemudahan pengunjung mengetahui setiap objek itu
dan kaitannya.
Pandangan dari puncaknya
indah dengan perkampungan penduduk Melayu dan Siam serta dapat dilihat sehingga
ke bandar Bachok dengan latar belakang Laut China Selatan.
Jom
mendaki atau rukah Bukit Marak. Lakukan secara santai dan kekuatan fizikal yang
sederhana. Anda pasti berasa puas dan ingin mendaki lagi sebagai tempat santai
dan mencabar sedikit kekuat fizikal.
Sejarah legenda Puteri Saadong
Menarik. Aktiviti sihat
ReplyDeleteBagus bila ada masa lapang terisi dengan aktivity yang sehat. Aktivity seumpama ini harus dikembangkan dan dikongsi supaya kemeriahan dan keharmonian jalinan persahabatan dirasa dan dihayati.
ReplyDelete