Burung gembala kerbau atau
juga dikenali sebagai burung tiong gembala kerbau banyak terdapat di Malaysia. Dipanggil burung gemala kerbau kerana burung ini suka bertengek di atas
kerbau. Ia akan memakan serangga atau kutu yang ada di bahagian badan kerbau.
Dalam dialek Kelantan,
burung gembala kerbau dipanggil burung leba.
Burung gembala kerbau atau
nama saintifiknya Acridotheses tristis mudah dipelihara di dalam
sangkar mahupun dijinakkan. Burung ini termasuk jenis makan serba serbi.
Ia makan serangga,
labah-labah, krustaseans, reptilia, mamalia kecil, biji
benih, bijirin dan buah dan bahan buangan dari penempatan manusia.
Ia mencari makan di tanah di
celah rumput bagi serangga, dan terutamanya belalang. Ia bagaimanapun makan
sebilangan besar serangga, kebanyakannya dikutip dari tanah.
Burung gembala kerbau mudah
dijinakkan, terutama jika dibela dari kecil. Dipisahkan dari ibunya sebelum ia pandai mencari makan sendiri. Kena suap makanan,
Ia boleh dijadikan binatang
mainan dan mengingati nama panggilan yang diberikan kepadanya.
Burung gembala kerbau yang
jinak akan terbang bebas mencari makanan, tetapi akan sentiasa pulang ke rumah,
terutama ketika tuannya ada di rumah.
Ini berbeza dengan burung
merpati yang terbang mencari makan pada sebelah pagi dan hanya akan pulang
menjelang petang.
Ia akan berada di dalam
rumah bersama tuan. Bahkan akan berada bersama-sama di meja makan. Kiranya sifatnya
macam kucing yang manja dan ingin berada bersama tuan.
Jika dibernarkan masuk ke
dalam bilik tidur, ia akan tidur dekat dengan tuan. Jadi, untuk mengelak ‘gangguan’
burung gembala kerbau yang jinak, kenalah pada masa tertentu dimasukkan ke
dalam sangkar.
Memandangkan burung gembala
kerbau makan serba serbi, ia boleh berkongsi makanan dengan manusia. Sebab itu,
ia juga akan sibuk akan ‘minta’ makanan ketika tuannya makan.
Menariknya kebolehan burung
gemala kerbau ialah boleh ‘bertutur’ atau mengajuk beberapa patah perkataan
yang biasa didengar atau diajarkan kepadanya.
Namun, jika tidak dilayan
dan dimanjakan, burung gembala kerbau yang jinak akan bertukar menjadi liar semula.
Jadi, kena selalu melayan dan bermain denganya untuk kekal jinak.
Burung gemala kerbau yang
tinggal bebas bersama kawanan akan berbunyi bersama-sama pada awal malam yang
dianggap sebagai ‘bunyi masyarakat’. Jadi, tidak sukar untuk mengetahui tempat
tinggal burung gemala kerbau pada waktu malam.
Burung gembala kerbau mudah
dikenali dengan badannya yang bewarna perang, kepala selubung hitam, dan tompok
kuning di belakang mata. Paruh dan kakinya adalah kuning terang.
Terdapat tompok putih pada
tepi utama ("pelepah primer luar") dan alad sayap di bahagian bawah
adalah bewarna putih. Kedua-dua jantina adalah serupa.
Burung tiong gembala kerbau
Saya agak tidak faham yang dimasukkan jadi agak susah untuk saya jinak burung ini yang kehilangan ibunya
ReplyDeleteMacam mana nak gemuk kan burung
ReplyDeleteCool and that i have a nifty supply: How To Design House Renovation hgtv brady bunch house
ReplyDelete