Thursday 3 March 2022

PCAK bantu mangsa banjir

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) antara NGO yang bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Rantau Panjang.

Serahan bantuan diketuai Pengerusinya, Fazliaton Daud bergerak dari satu kampung ke satu kampung bagi memudahkan bantuan disampaikan. Bantuan, diserahkan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, bahkan di kalangan warganegara Thailand yang tinggal di kawasan berkenaan.

Dalam bencana banjir, semua yang terkesan dihulurkan bantuan tanpa mengira warganegara. Terdapat banyak warganegara Thailand tinggal di Rantau Panjang yang turut menjadi mangsa banjir. 

Menurut Fazliaton, wang untuk membeli barang keperluan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah daripada sumbangan orang ramai. Ada juga penderma yang menyediakan barang dan mengamanahkan kepada Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan untuk mengagih-agihkan bantuan berkenaan kepada mangsa banjir.

“Terima kasih kepada penyumbang. Anda berhati emas,” ucap Fazliaton.

No comments:

Post a Comment