Monday, 11 April 2022

KENAPA WAJIB BERTAUBAT

 
Sabda Rasulullah SAW: "Hai sekalian manusia! Taubatlah kalian kepada Allah dan mintalah ampun kepadaNya, kerana sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali”

Tidak ada khilaf di antara ulama tentang wajibnya taubat. Bahkan taubat adalah fardhu ain yang harus dilakukan oleh setiap muslim dan muslimah.

Ibnu Qudamah Al Maqdisi (wafat tahun 689H) berkata: ”Para ulama telah ijmak tentang wajibnya taubat, kerana sesungguhnya dosa-dosa membinasakan manusia dan menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera bertaubat.”

Allah SWT memerintahkan kita untuk bertaubat, dan perintah ini merupakan perintah wajib yang harus segera dilaksanakan sebelum ajal tiba.

Allah SWT berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah An Nur, ayat 31).

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang benar (ikhlas). (Surah at Tahrim, ayat 8).

Dalam surah Hud, ayat 3 pula Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Rabb-mu dan bertaubat kepadaNya, (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu, hingga pada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sungguh aku takut, kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat.

Taubat wajib dilakukan dengan segera, tidak boleh ditunda. Imam Ibnul Qayyim berkata: ”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan dosa hukumnya adalah wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda.”

Imam Nawawi berkata: "Para ulama telah sepakat, bahwa bertaubat dari seluruh perbuatan maksiat adalah wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda, apakah itu dosa kecil atau dosa besar.”

No comments:

Post a Comment