Durian kecil atau mini hanya sebesar tapak
tangan sahaja. Durian jenis ini dikatakan durian hutan yang tumbuh meliar di dalam
hutan. Pokok durian kecil ini tidak ditanam kerana tidak ekonomi atau harganya
murah disebabkan tidak banyak ulas untuk setiap biji. Biasanya setiap biji
hanya ada satu atau dua ulas sahaja.
Pun begitu, durian kecil atau mini yang di
setengah tempat dipanggil “durian penggal gajah” (baling gajah), sebab ia kecik
boleh buat peluru halau gajah, tetap ada peminatnya. Ada yang membelinya jika berpeluang menemuinya di gerai menjual durian.
Pada tahun 1980-an, harga sebiji adalah
RM0.50 sen. Maknanya harga sebiji itu adalah harga untuk seulas atau dua ulas.
Seperti kebanyanyak isi durian yang hanya seulas
dalam setiap pangsa, bentuk ulasnya dikenali sebagai bentuk “kucing tidur” atau
di Kelantan ia lebih dikenali dengan nama “isi kopek”.
Tentang rasa, mereka yang pernah merasinya
mengatakan ia seperti durian premium kampung yang enak dimakan. Rasanya pejal
dan aroma bau yang menyelerakan.
No comments:
Post a Comment