Monday 31 July 2023

Zinda Khalil Sastro Hassan, calon PH-BN N08 Tanjong Mas

 
Zinda Khalil Sastro Hassan merupakan anak sulung dalam keluarga Maulana Hj Hassan Lucknowi iaitu pengasas Madrasah Baitul Hikmah Kampung Jambu. Beliau dilahirkan pada tahun 1976.
 
Beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mendapat Ijazah Sarajana Muda Kejureteraan Mikroelektronik pada tahun 1999. Sebelum ini beliau berjaya medapat Diploma Kejureteraan Elektonik dari universiti sama pada tahun i997.
 
Tamat pengajian, Zinda memulakan kerjaya sebagai jurutera di Rohm-Wako bermula 2000 shingga 2002, sebelum bertukar menjadi pengurus pemasaran di Ricomal Industri selama setahun iaitu dari 2002 sehingga 2003.
 
Zinda menyertai Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pensyarah di Politeknik Dungun Terengganu bermula tahun2004 sehingga 2006.
 
Meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah, Zinda kemudiannya menceburi bidang insurans sebagai agen dan kemudiannya mencapai tahap sebagai Pengurus Agensi Kumpulan di Takaful Ikhlas sehingga sekarang.
 
Penyertaan dalam politik bermula apabila Zinda diterima menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 09 Mei 2001 di Keadilan Cabang Pengkalan Chepa. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan cabang berkenaan sehingga 2003.
 
Pada 2018 sehingga 2021, beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Cabang Kota Bharu. Dalam tempoh yang sama juga beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Keadilan Kelantan.
 
Bermula 2022 sehingga sekarang, beliau merupakan Setiausaha Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Kelantan.
 
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, beliau dipilih oleh Keadilan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N08 Tanjung Mas.

No comments:

Post a Comment