Saturday 29 July 2023

Nik Abduh ancaman kepada pemimpin kanan Pas Kelantan?

  
Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mendedahkan Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulama Pas yang telah berbincang dengannya bagi mengemukakan tawaran untuk bertanding pada PRN Kelantan.
 
Semasa perbincangan itu, Nik Abduh telah menyebut beberapa perkara termasuk hasrat untuk kembali ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah dua penggal atau lebih 10 tahun bertanding di kawasan parlimen lain.
 
Nik Abduh memberitahu, tujuan mahu kembali ke Pengkalan Chepa bagi membolehkan dia menjaga wakaf pendidikan yang telah ditinggalkan oleh Allayarham bapanya.
 
Sebelum ini terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.
 
Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN nanti.
 
Begitupun, nama  Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN. Pas turut membuat kejutan selepas mengugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.
 
Dilaporkan Nik Abduh asalnya ada ditawarkan bertanding dalam PRN, tetapi bukan di DUN Cempaka yang menyebabkan dia menolaknya.
 
Persoalannya, mengapa Nik Abdul tidak dicalonkan di DUN Cempaka? Kalau disebabkan hendak mengekalkan penyandangnya, itu dianggap boleh diterima. Namun, kerusi itu diberikan kepada muka baharu.
 
Maka, apa sebab sebenar? Adakah Nik Abduh dianggap ancaman kepada pemimpin kanan PAS Kelantan, khususnya yang sudah lama bertapak di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.
 
Hanya yang berkenaan sahaja mengetahui perkara sebenar.

No comments:

Post a Comment