Wednesday 3 July 2024

INSPIRASI KEJAYAAN LEPASAN IKM LUMUT

 
Muhamad Hafizi bin Muhamad adalah bekas pelajar Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan di IKM Lumut pada tahun 2009-2010. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Diploma Ship Design di UniKL MIMET 2012-2014 .

Selepas menamatkan pengajian, Hafizi bekerja sebagai Project Engineer di UniKL MIMET Shipyard Engineering (MSESB). Beliau terlibat dalam pelbagai projek penting seperti pembuatan Balai Gambang Cempaka Sari Pertabalan Sultan Nazrin Shah (2015) , 2 unit Catamaran Cruise untuk Pusat Rekreasi Gunung Lang (2020), , serta pembuatan bot fiberglass penyelamat banjir untuk Polis Diraja Malaysia dan JPAM (2022 & 2023).

Pada tahun 2021, Hafizi menubuhkan syarikat sendiri iaitu MHM Service and Resources yang memfokuskan pada bidang pembuatan dan penyelenggaraan bot fiberglass. Antara projek yang sedang dilaksanakan oleh syarikat beliau ialah ‘Smart Refit’ sailing boat milik Tentera Laut Diraja Malaysia, ‘refit and repowering’ bot APMM Pengalang serta mengambil tempahan bot-bot fiberglass di sekitar Lumut dan Manjung.

Tahniah diucapkan kepada Hafizi atas pencapaian dan dedikasi beliau dalam bidang ini. Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan alumni IKM Lumut!


Kredit – IKM Lumut

No comments:

Post a Comment