Monyet menjadi haiwan pemusnah buah-buahan
di pokok dan mengacau keharmonian penduduk kampung. Monyet akan menyerang dalam
kelompok besar sehingga menyebabkan kemusnahan yang besar.
Monyet adalah haiwan yang pintar dan sangat
bijak. Monyet mudah mengenal pasti keadaan persekitaran, termasuk sebarang
bentuk ancaman dan bahaya yang wujud. Jadi, monyet tidak mudah terpedaya dengan
hanya satu kaedah sahaja untuk menakut-nakut atau menghalaunya.
Jadi, dalam usaha untuk menghalang monyet
masuk kebun dan kawasan kediaman, perlu dilakukan perlbagai cara. Lakukan
dengan satu cara, tetapi jika tidak berhasil, perlulah menggunakan pelbagai
cara.
Beberapa cara boleh dilakukan untuk
menghalau monyet.
- Paling penting, jangan memberi makan
kepada monyet kerana ini akan membuat monyet lebih berani dan sering datang ke
rumah anda.
- Anda boleh cuba untuk menggunakan alat penghalau
ultrasonik. Alat tersebut mengeluarkan bunyi frekuensi tinggi yang tidak
disukai oleh monyet.
- Menempatkan patung seperti ular atau harimau yang kelihatan realistik di
kawasan yang sering dikunjungi monyet boleh menakutkan mereka. Namun, pastikan
anda menukar kedudukan patung ini dari semasa ke semasa untuk supaya rahsia ini
terbongkar pada koloni monyet.
- Gunakan objek berkilat seperti CD lama
atau cahaya yang dipantulkan untuk menakutkan monyet.
- Bunyi kuat dari wisel juga boleh membantu
menghalau monyet.
- Gunakan ubat gegat yang dicampur dengan
belacan di masukkan di dalam bekas terbuka dan digantung di tempat laluan atau tempat
monyet suka datang.
- Jika monyet terus menjadi masalah,
dapatkan bantuan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.
Monyet memang pintar dan mereka boleh
belajar untuk mengatasi satu kaedah tertentu, jadi pastikan anda lebih pintar
dari monyet menggunakan kombinasi strategi untuk hasil terbaik.
No comments:
Post a Comment