Produk kesihatan yang dijual di Malaysia, termasuk
diimport dari luar negara perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran dimulai abjad MAL
diikuti dengan lapan digit angka dan satu abjad yang menunjukkan ketegori
produk.
Produk yang berdaftar juga mempunyai label hologram
meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai
kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Kategori pendaftaran produk berdasarkan
abjad::
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
Contoh pendaftaran ialah MAL12345678T yang
menunjukkan ia produk kesihatan kategori ubat tradisional.
Produk berdaftar adalah terjamin daripada
segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
No comments:
Post a Comment