PAS parti kuat. Ahli dan penyokongnya banyak di serata
tempat di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi, PAS tidak perlu bergabung
dengan parti lain selain apa yang sudah berada di dalam Perikatan Nasional
(PN).
Tidak perlulah PAS terhegeh-hegeh hendak bergabung dengan
UMNO yang sudah berada lama dalam Barisan Nasional (BN). Kalau PAS bergabung
dengan UMNO, kena tarik sama dengan MCA, MIC dan PBRS.
Jadi, lebih mudah untuk PAS terus bekerjasama dalam PN
sahaja. Dengan rekod kejayaan yang dicapai sebelum ini, PAS boleh berjaya
dengan lebih cemerlang jika kekal berada bersama dalam PN.
Lagipun, PAS bukan tidak ada pengalaman bersama dengan UMNO.
Ada sejarah yang cukup melukakan hati pemimpin dan penyokong PAS.
PAS pernah membentuk kerjasama dengan Parti Perikatan pada
1972, susulan peristiwa hitam 13 Mei 1969, namun kerjasama itu hanya bertahan
kira-kira lima tahun, iaitu sehingga 1977.
Pada 1977, menjadi detik sukar bagi PAS apabila dipecat dan
terkeluar daripada Barisan Nasional (BN), gabungan baharu yang menggantikan
Parti Perikatan ketika itu, susulan krisis dalaman PAS membabitkan jawatan
Menteri Besar Kelantan.
Keluarnya PAS daripada BN ketika itu kerana tindakan 12
daripada 14 Ahli Parlimen PAS menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang
dibentang dan diluluskan Parlimen pada 9 November 1977, sehari selepas Yang
di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan, mengisytiharkan darurat di
Kelantan.
PAS mendakwa, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) itu di
Parlimen bagi tujuan menguatkuasakan darurat di Kelantan dan perancangan BN untuk
menguasai Kelantan.
UMNO juga didakwa menyokong kuat Menteri Besar Kelantan
daripada PAS ketika itu, Mohd Asri Muda untuk campur tangan dalam pentadbiran
di Kelantan, di samping digambarkan mereka sebagai usaha mencampuri urusan dan
krisis dihadapi PAS Kelantan.
Sejak kemelut itu, dakwaan campur tangan BN ke atas PAS di
Kelantan menjadi antara naratif cukup kuat dimainkan PAS dalam pentas ceramah
mereka, selain doktrin kuat dalam kalangan ahlinya yang menyaksikan permusuhan
dua parti ini berlarutan puluhan tahun lamanya.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment