Wednesday, 8 July 2026

TAPAK PERKUBURAN AWAM KUALA LUMPUR

 
Pembangunan tapak tanah perkuburan awam Kuala Lumpur. Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Awam Swasta: Pembangunan Tapak Perkuburan Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan melibatkan tiga pihak iaitu Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain yang mewakili Kerajaan Malaysia, Pengarah Syarikat Harta dan Tanah Sdn. Bhd., Nahidah binti Usman dan Timbalan Pengerusi Route Edge Sdn. Bhd., Dato' Zainol Abidin Mohamed.

Majlis perjanjian yang dimetrai pada 6 Julai 2023 itu tersebut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.

Perjanjian itu sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur awam yang lebih terancang dan mampan.

Projek yang akan dibangunkan di Lot PT 3458, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) serta rakan pelaksana projek.

Pembangunan ini merangkumi penyediaan 104,470 plot tanah perkuburan Islam lengkap dengan pelbagai kemudahan sokongan seperti surau, pejabat pentadbiran, kuarters, kafeteria, tandas dan rumah pengawal. Turut dilaksanakan ialah pembinaan jalan pintasan sepanjang 4.3 kilometer.

No comments:

Post a Comment