Wednesday 5 May 2021

DAP label PPBM pengkhianat

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dilaporkan berkata parti itu tidak lagi berhasrat untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan PPBM yang dianggap pengkianat.

Beliau mengatakan demikian ketikaa ditanya stesen radio BFM mengenai parti yang mungkin menjadi rakan sekutu menubuhkan kerajaan selepas PRU15, jawabnya

“Tidak. Pertama kami pernah dikhianati. Sentimen dalam PH adalah kita tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat, mereka yang mengkhianati kita. Kita tidak mungkin mempercayai mereka lagi,” katanya merujuk kepada Bersatu yang meninggalkan gabungan PH tahun lepas.

Katanya, PH tidak dapat meramalkan sama ada gabungan itu akan “dikhianati” lagi oleh sekutu baharu.

“Itu adalah sesuatu yang tidak dapat kita ramalkan, tetapi apa yang kita pasti, mereka yang mempunyai rekod mengkhianati kita, kita tidak mungkin akan bekerjasama,” katanya.

Kerajaan PH tumbang disebabkan keputusan Bersatu meninggalkan gabungan itu Februari tahun lepas, untuk membentuk kerajaan baru dengan sokongan ahli-ahli Parlimen dari Umno, PAS, GPS dan beberapa ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti itu.

Kalau DAP yang pernah menjadi sekutu kuat PPBM sudah serik dengan penipuan dan pengkhianatan, mengapa pula ada ahli UMNO yang ingin berkerjasama dengan PPBM?

PPBM bukan sahaja khianat DAP, tetapi juga UMNO. PPBM telah menerima Ahli Parliman UMNO menyertai parti tersebut.

PPBM kini dipenuhi pengkhianat dan penipu. Kalau UMNO berkerjsama dengan PPBM, bermakna UMNO menyokong pengkhianat dan penipu.

No comments:

Post a Comment