Friday 14 October 2022

PAS TIDAK YAKIN DENGAN LOGO PERIKATAN NASIONAL?

 
PAS mengambil pendirian untuk mengguna logo atau lambang parti sendiri bagi semua calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di tiga negeri bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata bagi negeri lain, mereka dijangka akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN), seperti dilaporkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily.

Menurut Tuan Ibrahim, logo PAS sudah diputuskan untuk digunakan digunakan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Namun katanya, negeri lain kemungkinan besar akan menggunakan logo PN, (ia) sudah dimuktamadkan dan akan bawa ke Majlis Pimpinan PN.

Sebelum ini, muncul cadangan dalam kalangan pendokong PAS agar PN menggunakan lambang parti itu yang lebih dikenali rakyat bagi mendepani cabaran dalam PRU ke-15.

Gesaan itu turut disuarakan secara terbuka oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Menteri Besar Kedah.

Keputusan menggunakan logo sendiri, membuktikan PAS tidak yakin dengan populariti Perikatan Nasional (PN), biarpun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengumumkan Jawatankuasa Kerja Parti mengambil keputusan memperkukuh kerjasama mereka dalam PN untuk menghadapi PRU-15 ini.

No comments:

Post a Comment