Politik adalah berkaitan peluang dan angka.
Jika ada peluang, jangan tangguh untuk merebut peluang kemenangan.
Namun, PAS bertindak sebaliknya. Biarpun Naib
Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah. mengatakan 90 peratus pengundi muda dijangka menolak BN dalam Pilihan Raya
ke-15 (PRU15), PAS tidak berani untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kelantan, Terengganu dan Kedah agar dapat diadakan pilihan raya serentak dengan
Parlimen.
Menurut Mohad Amar, penolakan itu disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dalam
kalangan pengundi muda menyebabkan mereka mahu menolak BN.
Pun begitu katanya, cuma parti mana yang
mereka akan pilih nanti, ia sukar untuk dibuat telahan.
Justeru, beliau berharap semangat menolak
BN tersebut akan memberi undi kepada Pas.
Nyata sekali, PAS tidak yakin pengundi muda
akan memilihnya.
Di Kelantan, golongan muda dilihat semakin
menolak PAS. Antara punca penolakan golongan muda terhadap PAS adalah kerana ‘benci’
kepada Mohd Amar yang dilihat sering memperlihatkan sikap ‘bodoh’ dalam
memperkatakan sesuatu isu.
No comments:
Post a Comment