Friday, 11 November 2016

Ucapan selamat ulang tahun kelahiran

Menjadi amalan kita mengucapkan sesuatu yang baik sempena ulangtahun kelahiran orang tersayang. Amalan ucapan itu tidak termasuk dalam perintah dalam Islam, namun tidak pula dilarang, tambah-tambah lagi ia memberi nilai baik dalam hubungan sesama manusia.

Setiap kali ulangtahun kelahiran, tentu sekali kita mengaitkan ia sebagai bertambah umur. Hakikat sebenarnya setiap detik umur kita semakin berkurangan atau menghampiri detik kematian. Yang bertambah ialah angka tahun yang mana kita telah menikmati kehidupan di dunia ini. 

Bersyukurlah kita masih dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Gunalah peluang itu untuk meraih sebanyak mungkin mengumpul pahala sebagai bekalan hidup di akhirat. Tambah dan perbanyakkan amalan kebaikan. Manakala perkara baik ditinggalkan. 

Berbalik kepada ucapan selamat ulangtahun kelahiran, macam-macam bentuk ucapan boleh dibuat. Ada yang ringkas dan hanya ringkasan perkataan, ada juga dengan ungkapan kata-kata puitis dan penuh bermakna. 

Paling banyak ucapan dapat kita kongsi ialah di laman sosial. Seperti sudah menjadi kebiasaan, tulisan di media sosial menggunakan perkataan yang ringkas seperti sekadar HBD, SUT, HUTK dan dan sebagainya. 

Dicatatkan ucapan yang lebih panjang atau sesuai untuk diucapkan atau dituliskan.

- Assalamualaiku. Semoga pada hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNYA untuk sahabat. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa. Amin. 

- Assalamualaikum. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Selamat ulangtahun kelahiran. Amin. 

- Assalamualaiku. Sempena ulang tahun kelahiran ini, semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. InsyaAllah.

- Assalamualaikum. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kamu insan yang mulia,sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah. Semakin panjang umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan. Amin. 

- Assalamualaikum. Pada hari ini, apapun impian yang kamu impikan, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan. Apapun rencana yang akan kamu buat, semoga semua itu tercapai. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu. Hari ini izinkan aku berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik. Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT. Selamat ulangtahun kelahiran. 

- Assalamualaikum. Waktu berjalan tiada henti. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari. Hingga saat ini. Selamat hari jadi.   

- Assalamualaikum. Kaulah teman pada kala sepi. Hangatkan suasana bagaikan mentari. Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati. Selamat hari lahir wahai sahabat sejati. 

- Assalamualaikum. Dari lubuk hati yang paling dalam. Tiada kata dapat kuucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini. Dan hanya doa yang mampu kupanjatkan untukmu. Amin. 

- Assalamualaikum. Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu. Dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa. Selamat hari jadi sahabat, semoga berbahagia hendakNYA. Amin. 

- Assalamualikum. Ya Allah. Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan marifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. Selamat ulangtahun kelahiran.  

No comments:

Post a Comment