Selamat ulang tahun kelahiran. Pada hari ini, apapun impian yang kamu impikan, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan. Apapun rencana yang akan kamu buat, semoga semua itu tercapai.
Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu. Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu.
Dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa, sama ada mereka masih hidup mahupun telah meninggal dunia.
Waktu berjalan tiada henti. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari. Hingga saat ini. Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati.
Ingatlah, yang bertambah adalah kira tahun kita telah menghirup udara segar di dunia ini. Hakikatnya, umur kita semakin berkurangan setiap saat menghampiran saat kematian.
Bersedialah dengan amalan pahala sebagai bakal hidup di akhirat nanti. Jangan persia-siakan peluang masa yang masih ada ini.
Sesungguhnya, mulianya seseorang hamba di sisi Allah bukan kerana panjang usianya, banyak harta dimiliki, tinggi pangkat disandang, tetapi dinilai pada tingginya takwa dan teguhnya iman.
Ya Allah. Abadikan kasih sayang sahabatku, tunjukkanlah jalan dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan marifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Ya Allah. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin.
Selamat hari jadi sahabat, semoga berbahagia sepanjang masa. Amin.
Ikhlas
Sahabatmu.
No comments:
Post a Comment