Pembinaan Pintu Gerbang Medan
Ilmu Tok Guru di Jalan Datuk Pati menjadi mercu tanda di bandar Kota Bharu.
Pintu gerbang itu dibina dengan
kos RM400,000 peruntukkan kerajaan negeri dan dilaksanakan Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Ia siap dibina pada Mac 2017
dan dirasmikan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan pada 23 Sept 2017.
Medan Ilmu sinonim dengan
tempat ceramah setiap pagi Jumaat. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk
tempatan bahkan masyarakat dari luar negara juga turut mengunjungi medan.
No comments:
Post a Comment