Sunday, 1 October 2017

Pantai Ndo Tumpat

Kawasan Tumpat terkenal dengan beberapa pantai yang cantik seperti Pantai Genting dan Pantai Sri Tujuh. Kedua-dua pantai itu menjadi kunjungan ramai kerana keindahan pantai dan aktiviti yang diadakan di kawasan tersebut. 

Satu lagi nama terkenal di Tumpat ialah Pantai Ndo. Namun bezanya, Pantai Ndo tidak seperti Pantai Ganting dan Panti Sri Tujuh. Namanya sahaja 'pantai' tetapi kawasan tersebut tidak mengadap lautan yang luas.

Pantai Ndo terletak di hujung bandar Tumpat yang telah dimajukan sebagai tempat rekriasi. Terletak di tepi sungai (bukan pantai) menjadikan Pantai Ndo sesuai dijadikan lokasi acara padang dan sungai.

Pembinaan benteng konkrit di tepi sungai memberi keselesaan dan selamat untuk pengunjung berada di tepi sungai. Selain itu ia menjadi pengkalan untuk bot dan perahu berlabuh di situ.

Pada setiap hari Sabtu tepi tebingan sungai itu dijadikan lokasi pasar terapung. Pantai Ndo juga menjadi lokasi untuk Pasar Ramadan Bot yang memberi peluang penduduk dari pulau sekitar lembangan Sungai Kelantan seperti Pulau Seratus, Pulau Timun, Teluk Renjuna dan beberapa kampung lain memasarkan produk keluaran masing-masing dari atas bot..

Kawasan tersebut juga dijadikan lokasi perlumbaan perahu panjang.

Sebenanya, nama Pantai Ndo sudah lama tidak diguna masyarakat setempat. Sebaliknya, nama Padang Kemahkotaan Tumpat atau Taman Kemahkotaan Tumpat lebih dikenali untuk merujuk kepada nama Pantai Ndo.

Kawasan Pantai Ndo pada masa dahulu memang mengadap laut. Namun, kemudiannya terbentuk benteng lumpur di hadapan yang semakin besar sehingga membentuk pulau. 

Sekarang ini pemandangan pantai tidak lagi dapat dilihat. Apa yang ada adalah pulau lumpur yang ditumbuhi pokok bakau dan nipah.

No comments:

Post a Comment