Masa
kecil dahulu sering ditakutkan agar tidak melakukan sesuatu kalau tidak mahu
dimakan oleh bokbong. Atau orang tua akan panggil bokbong jika anaknya degil
agar diambil oleh bokbong.
Dengan
kata lain, haiwan atau hantu bernama bakbong amat ditakuti kanak-kanak.
Masa
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Bemban (kini Sekolah Kebangsaan Seri
Bemban), ada seorang kawan dipanggil dengan Bakbong.
Panggilan itu kekal semasa di Sekolah Menengah Putera dan masih menjadi identiti untuk membezakan nama yang di kalangan kami ada beberapa kawan nama sama. Tidak diketahui mengapa dia digelar bokbong.
Panggilan itu kekal semasa di Sekolah Menengah Putera dan masih menjadi identiti untuk membezakan nama yang di kalangan kami ada beberapa kawan nama sama. Tidak diketahui mengapa dia digelar bokbong.
Secara
jujur, penulis hanya pernah melihat bokbong sekali seumur hidup. Itupun apabila
binatang itu melintas di jalan ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Nama bokbong diberitahu oleh seorang rakan yang lebih tua. Pada masa itu penulis menganggapnya musang dan mungkin juga sebenarnya musang.
Nama bokbong diberitahu oleh seorang rakan yang lebih tua. Pada masa itu penulis menganggapnya musang dan mungkin juga sebenarnya musang.
Nama
bokbong sebenarnya dialek Kelantan. Nama di Kedah dipanggil bambun dan di Pulau
Pinang pula dipanggil jebon.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Nama
bokbong dalam Kamus Dewan dipanggil cerpelai atau mongoose dalam bahasa Inggeris.
Ia sejenis haiwan daripada jenis musang, Herpestes spp.
Haiwan
ini digambarkan haiwan sangat lincah dan licik. Kepantasan gerak tangan (kaki hadapan)
membuatkan ia mampu menewaskan ular tedung.
Kalau nak tengok gaya cerpelai beraksi melawan ular tedung sama seperti lagak kucing. Sebab itu ada dakwaan mengatakan kucing berasal dari cerpelai yang telah melalui evolusi.
Kalau nak tengok gaya cerpelai beraksi melawan ular tedung sama seperti lagak kucing. Sebab itu ada dakwaan mengatakan kucing berasal dari cerpelai yang telah melalui evolusi.
Budak-budak
sekarang tidak lagi ditakutkan dengan bokbong yang dianggap hantu dan 'muga'. Ibu
dan orang dewasa pun tidak lagi menyebut mengenai bokbong.
hahaha kekoh ko bokbang lamo kan bosku
ReplyDeleteAku pn bekas pelajar sk paya bemban 1996-2000
ReplyDeletehello read my name please!
ReplyDelete