Monday, 4 November 2019

EROPAH TAKUT PERKEMBANGAN ISLAM


Mengapa masih ada manusia yang menghina Nabi Muhammd SAW, sedangkan baginda sudah wafat lebih 1,388 tahun (2020-632). Perbuatan itu tidak wajar sama sekali. Apatah lagi perbuatan itu boleh mencetuskan keadaan tidak senang hati umat Islam dan seterusnya merebak kepada huru hara.

Kisah penghinaan masyarakat bukan Islam terhadap Nabi Muhammad SAW bukanlah perkara ganjil kerana ia sudah lama berlaku. Golongan pengkhianat, hati kering dan tiada pegangan agama ini sebenarnya sudah kehilangan pertimbangan fikiran rasional.

Dengan berpaksikan kepada motif masing-masing mereka tidak boleh membezakan bahawa orang yang dihinanya adalah seorang insan yang paling mulia dan menjadi teladan terbaik buat manusia yang belum ada tandingannya. 

Dalam Islam atau dalam mana-mana agama sekalipun kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan perkara yang sangat tercela dan dilarang. Kata-kata kotor, nista, umpatan, hinaan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan dan pertumpahan darah.

Banyak pihak berpendapat, perbuatan provokasi bukan Islam menghina Rasulullah SAW sebenarnya sebagai penentangan terhadap Islam. Di negara-negara Barat, penghijrahan umat Islam, khususnya dari negara-negara Afrika Utara, Pakistan dan Bangladesh, dilihat sebagai ancaman kepada penduduk tempatan.

Peningkatan penghijrah bukan saja menambah bilangan nyata semasa, tetapi menyumbang penambahan bilangan melalui kelahiran. Kadar purata kelahiran bayi atau kesuburan pada 2007 bagi Kesatuan Eropah ialah 1.38% berbanding kadar kelahiran bagi keluarga muslim yang amat tinggi, iaitu 8.1%. 

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh individu yang mendakwa sebagai Friend of Muslim (FoM), bahawa 50 peratus daripada bayi yang dilahirkan di Belanda merupakan muslim dan dalam tempoh 15 tahun, sebahagian penduduk negara itu merupakan umat Islam.

Manakala di Perancis, pada 2027, satu daripada lima rakyatnya ialah Islam dan dalam tempoh 39 tahun, negara tersebut akan menjadi sebuah negara Islam.

Keadaan tersebut memberi tekanan emosi kepada masyarakat Eropah yang secara tindakbalasnya membuat sesuatu provokasi untuk menggambarkan umat Islam sebagai tidak baik.

Itu belum lagi beberapa masalah yang disebabkan oleh pendatang Islam di negara mereka seperti perebutan peluang pekerjaan, tempat tinggal dan isu sosial.

No comments:

Post a Comment