Friday, 20 December 2019

SPA IKAN SUNGAI MOROLI LUANTI


Satu tarikan di Kampung Luanti, Ranau, Sabah ialah 'spa ikan' atau 'fish massage' yang tersedia di Sungai Moroli yang melalui kampung tersebut. Sungai Moroli di Kampung Launti adalah antara salah satu sungai 'tagal' di Sabah.

Perjalanan ke Kampung Luanti mengambil masa kira-kira 50 minit dengan jarak kira-kira 33 kilometer dari pekan Kundasang.

Sungai yang dilabelkan tagal bermaksud pemuliharaan, perlindungan sungai dan pengurusan sungai atau lubuk. Di kawasan tersebut dilarang sebarang penangkapan ikan atau hidupan lain.

Ikan di sini dibiarkan hidup bebas dan sudah pasti akan memberikan pengunjung satu pengalaman ‘urut dan rawatan spa’. Ikan-ikan kebanyakannya jenis ‘ikan pelian’ atau ikan kelah yang hidup dalam habitat semula jadi mereka.

Sebaik sahaja pengunjung masuk ke dalam sungai, ikan-ikan akan ' berebut' datang di sekeliling dan menggigit lapisan kulit yang mati pada kaki anda. Terasa sakit-sakit juga mulut ikan menyedut kaki dan betis kita.

Ikan-ikan juga ada yang bersaiz besar tetapi mereka sangat lembut dan tidak bertaring. Setiap pengunjung diperuntukkan masa 15 minit untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempunyai pengalaman rawatan “spa” oleh ikan.

Pengunjung perlu membeli tiket masuk. Harganya RM10 untuk mandi bersama ikan (seluruh badan), RM5 untuk dewasa rendam kaki dan RM2 untuk kanak-kanak rendam kaki. 

No comments:

Post a Comment