Sunday, 5 January 2020

CARA BONSAI POKOK KELAPA

Sebut sahaja tanaman bonsai, banyak orang terbayang mengenai pokok jenis berkayu seperti pokok bunga kertas dan kesina. 

Tentu sekali ramai tidak menyangka pokok kelapa pun boleh dibonsai. Apa yang penting perlu mengetahi cara atau kaedah hendak menanam bonsai kelapa yang kini semakin berkembang di negara kita. Sebelum ini telah banyak bonsai kelapa dihasilkan di Indonesia.

Tidak terlalu sukar menghasilkan bonsai kelapa manakala untuk baja pula hanya perlu menggunakan garam.

Langkah pertama, kita perlu proses akar dan gunakan medium air yang membolehkan ia tumbuh lebih cepat berbanding tanah.

Selepas dua bulan apabila sudah bertunas, bonsai kelapa itu boleh dialihkan pula ke dalam pasu. Sebelum itu, sabut perlu dibuang secara perlahan-lahan untuk mengelak anak benih rosak.

Letakkan anak pokok di dalam pasu yang ada medium. Tidak perlu ditimbus dengan medium. Letak sahaja atas medium itu.

Supaya bonsai kelapa kekal kecil, kita perlu menyiat selaput tumbuhan itu secara berkala untuk menghalangnya daripada membesar.

Kupas tunas di bahagian paling bawah, tapi perlu hati-hati jangan terkena pada tunas muda kerana ia boleh menyebabkan pokok mati.

No comments:

Post a Comment