Wednesday, 8 January 2020

Kemusnahan alam semulajjadi Pulau Kanggaroo


Kebakaran di Australia terus memakan apa sahaja yang mampu dimusnahkan. Sebuah taman negara hampir musnah sepenuhnya di lokasi pelancongan terkenal Pulau Kangaroo yang terletak di selatan negara berkenaan.

Faktor cuaca buruk memudahkan kebakaran terus merebak membakar Taman Negara Flinders Chase di pulau itu.

Kebakaran bermula di Kangaroo Island yang terletak di barat daya Adelaide pada 20 Disember lalu dan sehingga kini sudah memusnahkan lebih 1,000 kilometer persegi kawasan.

Jumlah itu meliputi hampir semua kawasan di Taman Negara Flinders-Chase, termasuk infrastruktur bangunan.

Kejadian ini pasti membabitkan kematian hidupan liar dalam jumlah yang besar.

Taman negara terbabit adalah habitat kepada kangaru, koala dan sejenis haiwan tempatan dikenali sebagai echidna. Ahli ekologi dari University of Sydney perjaya hampir setengah bilion ekor mamalia, burung dan reptelia telah hilang sejak September 2019 dan angka ini terus meningkat.

Amaran mengenai kebakaran hutan itu turut dikeluarkan kepada lebih separuh kawasan kepulauan, menyebabkan empat kapal persiaran turut membatalkan perancangan untuk berlabuh di lokasi pelancongan berkenaan.

Api marak dengan begitu besar sehingga menyebabkan pesawat pemadam api terpaksa meninggalkan kawasan kebakaran.

Suhu bagaimanapun menurun secara mendadak hari ini dan tiupan angin panas yang memburukkan keadaan dilaporkan mula bergerak ke arah utara dan timur negara.

No comments:

Post a Comment