Monday, 20 July 2020

HIDUP TIDAK SEINDAH DIIMPIKAN

Hidup tidak seindah diimpikan. Ada sahaja halangan dan masalah yang perlu ditempuhi. Bukan sedikit kesukaran terpaksa diterima sebagai sebagai sebahagian rencah kehidupan. Sehingga ada yang kecewa dan putus asa.

Jangan sampai jadi begitu. Walau berat macamana sekalipun dugaan, rintangan dan halangan hidup, kita wajib hadapinya dengan tenang, berstrategi, ada jalan dan solusi terbaik.

Usaha yang dilakukan itu mampu menyelesaikan masalah hidup demi kelangsungan kebahagiaan yang pernah kita kecapi dulu, mahupun untuk mencapai sesuatu yang baharu dengan keadaan lebih baik.

Untuk itu, terus ampuh, terus kuat, terus berusaha dan terus yakin bahawa akan ada jalan penyelesaian terbaik buat hidup kita. Percayalah, langit tak selalunya mendung dan petir akan berhenti membadai hidup kita.

Bersabar dan terus berusaha pasti akan membuahkan kejayaan. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Thaghabun, ayat 11)

Mereka yang bersabar mendapat balasan pahala yang besar dan keredaan Allah. Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar diberikan pahala bagi mereka tanpa batas.”

Sesungguhnya sesiapa mengamalkan sikap sabar akan mendapat sebaik-baik balasan daripada Allah. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah Allah menganugerahkan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ingatlah, kesusahan yang dilalui ini bukan hanya kita terpaksa tempuhi. Orang lain juga diuji dengan pelbagai keadaan yang lebih berat lagi. Jadi, terimalah apajua cabaran hidup dengan hati lapang dan berusaha untuk mendapat yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment