Imam Abu Hanifah tolak jawatan. Beliau tinggal di Iraq pada ketika
pemerintahan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin, dia tentu dapat
mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya.
Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi
ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu
ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang
kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi
(hakim) tetapi juga ditolaknya.
Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi
tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa
curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan
hukum dera.
Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu
Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan menerima jawatan yang
ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan”.
Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian
hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih
yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang
datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan
lain-lain.
Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh
Gabenor. Imam Hanafi dilantik menjadi Pengetua Jawatan Sekretari Gabenor.
Tugasnya bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam
memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, Jika Abu Hanifah tidak menerima
pangkat itu nescaya dia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak
jawatan itu, bahkan dia tetap tegas, bahawa dia tidak mahu menjadi pegawai
kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya dia ditangkap. Kemudian
dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas
hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru
dibebaskan.
Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi,
juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110
kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan.
Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai
dia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.
Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi
bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi.
Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa dia sempat
berkata, "hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di
akhirat nanti."
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment