Dua perkataan yang biasa banyak orang keliru tentang maksud dan penggunannya, iaitu 'cergas' dan 'cerdas'.
Kita semak dengan Kamus Dewan Edisi Keempat definis perkataan ‘cerdas’ dan 'cergas'
Cerdas.
1. sempurna akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain), cerdik, pandai, pintar:
manusia ialah binatang yang ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yang ~; 2.
sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya (seperti sihat, tangkas, dan lai-lain): sukan
itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan
untuk ~ penduduk luar bandar yang terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh;
kecerdasan kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian,
kepintaran, kecerdikan).
Mengikut definisi Kamus
Dewan Edisi Keempat bagi perkataan ‘cergas’:
Cergas. 1. bertenaga dan giat (berkenaan orang, tubuh, otak, dan sebagainya), aktif: Aminah kanak-kanak
yang ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah;
3. banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya, giat, aktif: mengambil
bahagian ~ dalam aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yang ~; 4. banyak
kegiatannya menjual dan membeli (berkenaan pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan
wap dan lahar (berkenaan gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~;
mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2.
menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~
pergerakan kaki dan tangan dalam latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif),
menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya;
4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli
saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~
fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan,
kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan
pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan,
keaktifan: ~nya dalam pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan;
4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (berkenaan gunung berapi),
keaktifan.
Harap tidak lagi keliru perbezaan maksud perkataan 'cerdas' dan 'cergas'.
Gambar: Pemandangan di Pantai Kundor, Kota Bharu.
Gambar sekadar hiasan.
Kau pn copy semata-mata. Terangkan maksud dari pemahaman kau sebagai huraian. Ni kau pn copy pukimak kau saja
ReplyDeletePukimak oh dia
Delete