Tangan-tangan
asing akan memberi peruntukan kewangan, khidmat nasihat dan beberapa
pertolongan lain bagi menjayakan misi menjatuhkan negara Islam.
Mereka cuba membuat serangan pemikiran dengan meletakkan asas bahawa apa yang
dilakukan oleh kerajaan Islam adalah menyalahi hak asasi manusia. Mereka
menghina dan memberi tekanan kepada kerajaan Islam.
Perkara
ini berlaku di banyak negara lain sehingga mengakibatkan kejatuhan sesuatu
kuasa pemerintahan. Negara berkenaan diambil alih oleh golongan yang mempunyai
agenda tersendiri dan lebih memihak kepada kuasa asing.
Keadaan demikian menjadikan mereka menjadi boneka dan memerintah negara
berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh kuasa asing.
Sesungguhnya, kita perlu mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kedudukan Islam
dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dilakukan ada satu jihad yang dituntut oleh
agama. Sesiapa mengkhianati pemimpin bermakna dia mengkhianati
Islam.

No comments:
Post a Comment