Tabika
Kemas Nur Ibra, Kampung Puteh, Jalan Telipot merupakan salah satu Tabika Kemas
dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Parlimen Kota Bharu.
Tabika ini menerima kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar Kampung Puteh
dan Kampung Paya Senang.
Nama 'Ibra' adalah diambil dari nama pengasasnya iaitu Ibrahim Ahmad, seorang pemimpin setempat.
Tabika ini mula beroperasi pada tahun 1996. Bangunan asal diperbuat daripada papan sebelum digantikan bangunan simen yang lebih selesa dan luas. Ia dapat menampung kira-kira 40 pelajar pada satu-satu masa.
Tabika Kemas Nur Ibra antara tabika yang terbaik dalam pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.
Guru bertanggungjawab mentadbir dan mengajar di Tabika Nur Ibra sekarang ini ialah Cikgu Zaini Mahmood.
No comments:
Post a Comment