Pas
sudah biasa keluar masuk gabungan parti. Pas adalah salah satu parti komponen
yang menubuhkan Barisan Nasional (BN). Pas keluar BN apabila berlaku krisis
dalaman dalam parti tersebut sehingga Kelantan diiystiharkan MAGERAN 1977.
Pas bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sehingga berjaya menumbangkan BN di Kelantan dalam pilihan raya tahun 1990.
Namun, Semangat 46 meninggalkan Pas setelah dirasakan banyak ‘pengkhianatan’ Pas yang menodai perjanjian kerjasama. Pas dilihat lebih mementingkan diri.
Hasil gabungan dalam APU, Pas berjaya memerintah Kelantan dan kekal sehingga sekarang.
Pas tidak menyertai Gagasan Rakyat yang aktif sekitar 1990 hingga 1996 dengan alasan ia turut disertai DAP. Namun, kemudian Pas menyertai Barisan Alternatif (BA) biarpun ada DAP di dalamnya. Parti lain dalam BA ialah Keadilan dan PRM untuk menghadapi PRU tahun 1999.
Pas sekali lagi bersama DAP apabila menyertai Pakatan Harapan (PH). Namun, Pas keluar meninggalkan PH.
Pasca PRU14, Pas bersama UMNO menandatangani Piagam Muafakat Nasional (MN). Namun, tidak lama selepas itu, Pas bergabung dengan Bersatu menubuhkan atau menjadi komponen Pari Perikatan Nasional (PN).
Berdasarkan sejarah, Pas memang sudah biasa keluar masuk gabungan parti. Jadi, tidak perlulah UMNO menaruh harap untuk Pas kekal dalam MN.
No comments:
Post a Comment