Tuesday, 20 April 2021

Kluster katak binatang politik sebenar

Tindakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang menyifatkan pemimpin “kluster mahkamah’ UMNO sebagai “binatang politik” terus dibidas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan bahawa parti Bersatu penuh dengan binatang politik

Tahukah kamu Faiz, yang melompat itu adalah lebih kotor dan jijik daripada kluster mahkamah. Mereka melompat untuk menyucikan diri daripada dikenakan pertuduhan di mahkamah.

“Dan harus kamu ingat, mereka yang kamu gelarkan kluster mahkamah inilah yang menyokong Presiden kamu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Mereka inilah juga yang menyokong bajet di Parlimen bagi membolehkan Presiden kamu terus berkuasa sehingga hari ini. Mereka telah menjadi mangsa kerakusan nafsu politik kumpulan kamu yang asal.

Bidasnya yang juga Ahli Parlimen Machang, pendakwaan terpilih telah dikenakan terhadap mereka.

“Kamu dah lupa ke? Kumpulan asal kamu adalah PKR, DAP dan AMANAH. Kamulah sebenarnya rakan kongsi kepada mereka ini.

“Kamu ini boleh disifatkan sebagai pemelihara dan pemilik kandang katak. Parti kamu adalah pemilik kandang katak manakala kamu adalah pekerja di kandang katak yang mendapat upah bulanan!” – UMNO Online

No comments:

Post a Comment