Thursday, 20 May 2021

ProPPBM kena bersabar pemilihan mungkin ditangguhkan

Kluster proPPBM dalam UMNO perlu menerima ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekiranya pemilihan parti itu tidak dapat dilangsungkan dalam masa terdekat.

Kluster proPPBM ingin pemilihan parti diadakan sepertimana dijadualkan iaitu pada Jun ini. Kelompok ini yakin boleh menguasai kepimpinan UMNO dan seterusnya dapat merialisasikan impian untuk berkerjsama dengan PPBM pada PRU-15 nanti.

MKT UMNO sebelum ini telah membuat ketetapan untuk merujuk MKN terlebih dulu bagi mengadakan pemilihan parti itu. Kalau MKN memberi kebenaran, baharu pemilihan parti akan diadakan seperti dijadualkan.

Setakat ini, MKN belum menyatakan keputusan terhadap perkara itu secara bertulis.

Namun, berdasarkan kepada situasi Covid-19 sekarang, adalah sukar untuk mengadakan pemilihan seperti dalam masa ditetapkan perlembagaan parti.

Dalam pada itu, UMNO masih boleh membuat pengumuman menangguhkan pemilihannya seperti ditetapkan di bawah perlembagaan parti. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan boleh ditangguh sehingga 18 bulan.

No comments:

Post a Comment