Friday, 11 June 2021

Siapa layak umum lanjutan PKP 3.0?

Telah tular tangkap layar mengenai penafian KKM mengenai kenyataan menteri mengenai berita kemungkinan PKP penuh dilanjutkan dua hari lepas. Sedangkan KKM pada hari ini pula menyiarkan kenyataan mengenai PKP 3.0 disambung.

Penafian awal itu atas dasar ia bukan dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan. Tambahan, ia belum dibincangkan di dalam mesyuarat MKN.

Apa-apa yang berkaitan dengan PKP hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi MKN atau Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai jurucakap kabinet berkaitan Covid-19, setelah ia diputuskan oleh MKN.

Rakyat sepatutnya faham mengenai perkara ini kerana ia telah diamalkan sejak lebih setahun lalu. 

No comments:

Post a Comment