Saturday, 12 June 2021

RESIPI ETAK SALAI TERKENAL DI KELANTAN

Etak atau etok. Banyak budak muda sudah tidak kenal etak. Duhulu kebanyakan sungai di Kelantan banyak terdapat etak.  

Jadi tidak hairan jika etak digemari ramai di Kelantan. Namun, kini etak sukar ditemui lagi. Sungai di Kelantan tidak lagi dijumpai etak atau kalau adapun kuantitinya amat sedikit. Puncanya disebabkan pencemaran air.  

Kalau ada etak dijual di Kelantan, itu yang dibawa dari luar Kelantan. Tidak tahulah mengapa penduduk di negeri lain kurang minat terhadap etak sehingga bekalannya berlebihan dan boleh dihantar ke Kelantan.. 

Etak adalah sejenis hidupan cengkerang. Ia sesuai dijadikan menu hidangan harian serta dijadikan snek ketika bersantai bersama keluarga dan rakan.

Menu etok terkenal di Kelantan ialah etak salai. Rasa etak salai sangat enak. Sekarang ini ada macam-macam rasa etak selai. Ada perisa pedas, manis, tom yam, keju dan sebagainya. 

Penggemar etak salai sanggup membelinya biarpun harganya kini semakin mahal dan sukar ditemui.

Etok menjadi identiti rakyat Kelantan. Pernah dahulu di Pasir Mas terdapat deretan gerai khusus untuk menjual etak yang cukup terkenal.

Cara membuat etak salai sangat ringkas kerana hanya melibatkan proses menggaul etak bersama rempah terdiri bawang putih, garam, jintan, serai, ajinomoto dan halia, sebelum disalai selama 15 hingga 30 minit dan kemudian sedia dimakan.

Etak disalai untuk mempercepatkan 'masak' sebelum dimakan. Kaedah lain penyediaan etak untuk dimakan ialah dijemur di panas terik selama beberapa hari.

Rasa masim dan rempah memang menyelerakan. Kepada mereka boleh pernah menikmati rasa etok salai dicadangkan mencubanya. Pasti anda terpikat dan akan meminatinya.

No comments:

Post a Comment