Biarpun
telah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
amat prihatin hal berkaitan dengan Kementerian Pertahanan dan kebajikan anggota
tentera.
Pharmaniaga Berhad yang merupakan milik penuh
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sekali gus kejayaan dan
keuntungan diraih olehnya memberi manfaat kepada seluruh warga ATM.
Sebab
itu Ismail Sabri sentiasa memberi perhatian hal-hal yang berkaitan dengan LTAT
demi untuk kebaikan seluruh warga ATM.
Baca
catatan beliau di FB;
Hari
ini saya telah menyerahkan 'last batch' vaksin jenis Sinovac dari Pharmaniaga
Berhad kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyerahan
ini melakar sejarah yang cukup penting kepada Pharmaniaga, syarikat tempatan
kita.
Ini
kerana Pharmaniaga telah berjaya menyempurnakan kontrak pembekalan vaksin lebih
awal iaitu empat setengah bulan dari tempoh yang dijadualkan.
Pharmaniaga
membekalkan vaksin Sinovac kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 12.4 juta dos
secara pengisian dan pembotolan (fill & finish).
Tahniah
Pharmaniaga di atas kecekapan dan pengurusan operasi yang kompeten dan efisien
dalam membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19
negara ini.
FB:
Ismail Sabri Yaakob
No comments:
Post a Comment