Setiap
tempat ada sejarah bagaimana ia mula dibangunkan. Begitu juga dengan bandar
Kota Bharu.
Sejarah
nama Kota Bharu bermula dengan pembinaan kota tempat bersemayam raja
Kelantan.
Sebelum
Kota Bharu, ibu negeri Kelantan terletak di beberapa tempat seperti di Kota
Jembal, Kota Kubang Labu, Kota Pulau Saba dan Kota Pengkalan Galuh.
Pusat
pemerintahan itu berdasarkan kedudukan istana di mana pemerintah Kelantan
bersemayam.
Pada
masa dahulu memang tidak ada nama tempat yang diiystiharkan sebagai ibu
negeri.
Sebelum
Kota Bharu dibuka, pusat pemerintah Kelantan terletak di Kota Pulau Saba
berhampiran Kampung Cina sekarang. Jaraknya lebih kurang dua kilometer dan
pusat bandar Kota Bharu.
Setiap
kali musim banjir, kawasan Pulau Saba itu semakin terhakis dan membahayakan
kedudukan kota.
Untuk
mengatasi masalah hakisan itu, telah dilakukan lencungan air dengan membina
Sungai Raja Gali di kawasan Pasir Pekan.
Namun
ia tidak menjamin keselamatan Kota Pulau Saba yang semakin terhakis setiap
tahun.
Sungai
yang digali itu sekadar berfungsi setahun kerana berlaku banyak mendapan pasir
dan lumpur.
Justeru,
Sultan Muhammad 11 yang memerintah Kelantan pada ketika itu telah menitahkan
agar dibina sebuah kota baharu untuk baginda bersemayam.
Di
dalam kota baharu ini dibina balai besar dan rumah-rumah untuk kediaman kerabat
serta pembesar. Kota baharu itu telah dibuka pada tahun 1844.
Sultan
Muhammad 11 telah bersemayam di sebuah istana digelar "Kota Baharu".
Kawasan kota juga dipanggil kota baharu. Maka wujud kekeliruan apabila disebut
'kota baharu' itu sama ada merujuk kepada nama istana atau nama kota.
Untuk mengelak kekeliruan itu, maka nama istana dikenali Istana Balai Besar dan
kawasan kota serta sekitarnya dikenali kota baharu.
Nama
kota baharu kemudian dikenali sebagai nama tempat Kota Bharu yang kini menjadi
ibu negeri Kelantan.
Manakala Istana Balai Besar masih kekal sampai sekarang yang dijadikan sebagai
istana untuk istiadat seperti majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingat
sempena sambutan keputeraan Sultan Kelantan.
Sejak
dibuka, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi
tumpuan penduduk.
Kedudukan
berhampiran dengan Sungai Kelantan memberi banyak kelebihan kerana kapal dagang
dapat berlabuh berhampiran dengan Kota Bharu.
Dahulu
terdapat pelabuhan atau pangkalan untuk kapal dagang berlabuh di kawasan yang
kini dikenali Tambatan Diraja Kota Bharu.
Kota
Bharu kini pasat membangun dan menjadi bandar terbesar di Pantai Timur.
No comments:
Post a Comment