Thursday 1 July 2021

SIPUT BELIUNG BERBENTUK MATA KAPAK

Siput beliung merupakan sejenis kerang yang boleh dimakan. Siput beliung juga dikenali siput baji.

Dinamakan siput beliung kerana bentuknya seperti mata kapak atau dipanggil beliung. Bentuk itu juga seperti baji dan sebab itu ia dikenali siput baji.

Siput beliung hidup di kawasan pantai yang mempunyai lumpur.

Pencari beliung perlu berjalan hingga 200 meter ke tengah laut ketika air surut dan kemunculan siput itu di dasar laut dapat dikesan menggunakan tapak kaki.

Pencari perlu menyelam untuk memungut beliung menggunakan tangan dan disimpan dalam kotak polisterin yang diapungkan di permukaan laut.

Bagaimanapun, pencari perlu berhati-hati dengan bahaya yang menanti seperti disengat obor-obor, ikan berbisa atau batu tajam.

Isinya yang kenyal menjadikan beliung ini lebih enak dari kupang malah lebih sesuai dimasak dengan cili atau direbus.

No comments:

Post a Comment