Thursday 26 August 2021

KHIDMAT PELANCONGAN MUSLIM KIMCHIBUDU DI KOREA

Hendak melancongan ke Korea? Berdepan masalah mendapatkan agensi pelancongan muslim di Korea?

Jangan bimbing. Ada perkhidmatan pelancongan muslim yang disediakan rakyat Malaysia yang kini bermastautin di sana.

Mengendalikan Travel Agensi Kimichibudu (MKS Global Corp.), Muhamad Khalid Ismail yang berasal dari Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan, bersama isterinya warga Korea, Lee Seul bersedia menyediakan khidmat pelancongan muslim di Korea.

Syarikat pelancongan tersebut kini menempa nama apabila mendapat pengiktirafan dan anugerah kecemerlangan (Execellent Award) sebagai penyedia Muslim Incentive Tour daripada Organisasi Perlancongan Kerajaan Korea (Korea Tourism Organization/KTO) dalam usaha memperkasakan industri perlancongan halal.

Di samping itu juga, Travel Agensi Kimichibudu telah menandatangi MOU dengan KTO untuk menyedia program Familiarizion Tour kepada muslim yang akan disokong penuh oleh KTO.

Travel Agensi Kimichibudu turut terlibat di belakang tabir memberi tunjuk ajar (consulting) dan penerangan kepada KTO, pembuat dasar dan pemain industri pelancongan di Korea tentang konsep halal yang sebenar dan perlu dititik beratkan.

Dijangka banyak lagi infrastruktur dan program yang akan disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan pelancong-pelancong muslim yang datang Korea.

Justeru, sesiapa yang ingin melancong ke Korea patut menyokong program-program Halal /Muslim Friendly yang dibuat oleh pihak KTO.

Sokongan itu secara tidak langsung akan memberi maklum balas yang baik dan kenyakinan kepada KTO bahawa pelancongan mesra muslim sangat penting.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi melalui email kepada:  khalid@mksglobalcorp.com

 

No comments:

Post a Comment