Saturday, 16 October 2021

MAKSUD 'HANELAN' DIALEK KELANTAN

 
Perkataan hanelan adalah dalam dialek Kelantan. Kadang-kadang ia juga disebut nelan.

Di Terengganu ia disebut hanelang. Biasalah, orang Terengganu ada tambahan ‘g’ atau disebut juga nelang.

Di Terengganu perkataan nelang telah terkenal dan menjadi identiti Terengganu terutama dalam pertandingan sukan atau sesuatu yang menunjukkan kekuatan dan keberanian.

Maksud perkataan hanelan atau hanelang adalah sama sama ada di Kelantan mahupun Terengganu. Hanya sebutan sahaja sedikit berbeza.

Perkataan hanelang, hanelan, nelan atau nelang merujuk kepada sifat berani, kuat, gagah yang luar biasa atau tidak mudah mengaku kalah.

Gambar: Bot membawa penumpang di Jeti Kuala Besar menuju ke jeti beberapa buah pulau di delta Sungai Kelantan. Sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment