Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh mula dibina sekitar tahun
1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Sejarah pembinaan Jambatan Tok Bali
agak unik kerana ia dibina di atas darat.
Terletak
16 km dari Bandar Pasir Puteh. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan
terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan
penginapan yang selesa.
Terusan
Semerak menjadi nadi pembangunan kawasan Tok Bali di Pasir Putih. Pengunjung
akan terpegun melihat terusan yang luas dan suasana keluar masuk kapal dan bot
nelayan laut dalam melaluinya.
Namun,
kebanyakan orang lebih mengenali Terusan Semerak sebagai Sungai Semerak. Secara
fizikalnya, tiada beza antara sungai dengan terusan. Namun, secara istilahnya,
terusan dan sungai berbeza.
Terusan
adalah laluan air yang dibina atau digali. Manakala sungai pula adalah laluan
air terbentuk secara semula jadi.
Terusan
Semerak digali sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan kawasan
Kemasin Semerak melibatkan dua jajahan (daerah) Bachok dan Pasir Putih.
Rancangan
itu dikenali Projek Kemasin Semerak (Perkasa). Manakala kawasan yang diliputi
dalam rancangan itu pula dikenali Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
Kemasin Semerak (IADA). IADA merupakan badan yang bertanggungjawab menyelia
aktiviti pembangunan di kawasan berkenaan.
Jambatan
Tok Bali yang menjadi mercu tanda di kawasan itu ketika proses pembinaannya
dibina di atas darat. Memang tidak ada sungai langsung. Kawasan itu asalnya
tanah lapang yang dijadikan tempat penduduk kampung bermain bola sepak.
Setelah
siapa jambatan, kemudian baharu terusan dibina di bawahnya. Pembinaan jambatan
di atas darat lebih mudah dan menjimatkan, biarpun kemudiannya perlu mengorek
terusan.
Panjang
jambatan melengkung yang menjadi kebanggaan itu kira-kira 300 meter. Jambatan
dibina melengkung bertujuan membolehkan kapal melalui di bawahnya. Jambatan Tok
Bali dibuka kepada kegunaan awam pada tahun 1996.
Terusan
Semerak merupakan nadi utama kepada pembangunan bandar perikanan di Tok Bali
dan memberi kemudahan kepada lebih 300 bot nelayan laut dalam dan nelayan
tradisional mendaratkan hasil tangkapan di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali.
Selain
jeti LKIM, di Terusan Semerak menjadi pangkalan kepada Agensi Penguatkuasaan
Maritim (APMM) Kelantan, serta beberapa agensi lain serta pihak swasta yang
memanfaatkan kegunaan terusan sepanjang kira-kira 7.5 kilometer itu.
Pembinaan
Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya
pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di
Laut China Selatan.
Demikian
juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga kepada
pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut seperti
keropok, bebola ikan dan sebagainya.
Tok
Bali suatu kawasan amat pesat membangun dengan pebagai perancangan berbentuk
infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi
pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri berasaskan hasil laut dalam.






No comments:
Post a Comment