Aktif
atau menyertai sukan tidak semestinya hendak menjadi jaguh dalam sukan tertentu
dan mewakili negara. Sebaliknya bersukan atau dipanggil juga riadah adalah keperluan
bagi setiap individu yang mendatang banyak kebaikan.
Budaya
bersukan mesti diterapkan menjadi amalan harian atau berkala yang
sekurang-kurangnya dilakukan dua tiga kali seminggu. Amalan ini penting untuk
kesihatan dan juga membina ketahanan fizikal dan mental.
Satu
perkara lagi, bersukan bukan sahaja untuk golongan pelajar dan muda. Bahkan sebenarnya, bersukan lebih diperlukan
oleh golongan usia pertengahan dan warga emas bagi memastikan tahap kesihatan
sentiasa dalam keadaan baik.
Aktiviti
riadah amat penting dilakukan golongan warga emas bagi memastikan sentiasa
sihat.
Beriadah
tidak semesti bermain jenis sukan tertentu, tetapi ia bergantung kepada
kesesuaian seperti berjalan, membuat regangan bahagian badan, berkebun dan
sebagainya.
Ada
sesetengah individu hanya melakukan riadah setelah disahkan mengidap sesuatu
penyakit yang memerlukan dia melakukan riadah sebagai terapi perubatan.
Sepatutnya
kita beriadah sepanjang masa kerana dengan cara itu dapat mengurangkan kadar
kebarangkalian mengidap penyakit berbahaya.
Mencegah
adalah lebih baik daripada berubat. Jadi, sebelum mengidap penyakit, lebih baik
kita awal-awal lagi melakukan usaha pencegahan. Namun, jika masih juga mengidap
penyakit, itu sudah takdir dan mungkin berpunca sebab-sebab lain.
Sentiasa
mengambil peluang untuk melakukan aktiviti riadah, terutama berjalan, satu cara
paling mudah dan tidak memerlukan peralatan atau kawasan khusus.
No comments:
Post a Comment